Memilih
pemimpin bukanlah suatu perkara yang kecil kerana calon yang dipilih itulah
yang akan membawa label sebagai pemimpin rakyat untuk membuat dan melaksanakan
dasar-dasar yang menentukan nasib ribuan malah jutaan rakyat.
Suka atau tidak
suka, calon yang terpilih itulah yang akan menulis
tinta sejarah di negara ini. Walauapapun bentuk sejarah yang akan ditulis,
ianya masih menjadi tanda tanya besar, samada akan menjadi tinta emas
yang sentiasa dikenang atau tinta hitam yang menjadi kenangan pahit dalam
lipatan sejarah.
Mampukah calon
yang dipilih itu menjadi pemimpin sejati atau menjadi pemimpin yang
mengkhianati amanah rakyatnya.
Pemimpin
merupakan lambang :
a. Kekuatan.
b. Keutuhan.
c. Kedisiplinan.
d. Persatuan.
Namun,
perlu kita sedari juga bahawa pemimpin bukanlah hanya sekadar lambang bahkan ia
memerlukan kecekapan, kelayakan dan aktiviti yang utama untuk memimpin rakyat bawahannya.
Melihat
ciri-ciri pemimpin, sebagai seorang Muslim, tentulah kita tidak boleh
sembarangan dalam memilih pemimpin. Jangan sampai ibarat “memilih kucing
dalam guni” yang di kemudian harinya akan mencalarkan kita semula
dengan cakarannya.
Jika dahulu, para sahabat radhiyallahu
anhum sangat takut jika dipilih menjadi seorang pemimpin, tetapi sekarang, ramai
yang berlumba-lumba untuk menjadi pemimpin dan semua dari mereka mengaku merekalah
yang terbaik dan sanggup menjatuhkan lawannya dengan apa cara sekalipun!
Rasulullah saw bersabda :
“Sesungguhnya kamu nanti akan sangat bercita-cita menjadi
pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan.” (HR Al-Bukhari)
PERANAN
SEORANG PEMIMPIN
Menurut
perspektif Islam ada dua peranan yang dimainkan oleh seorang pemimpin :
PERTAMA
: PELAYAN (KHADIM)
Pemimpin
adalah pelayan bagi pengikutnya. Seorang pemimpin yang dimuliakan oleh orang
lain belum tentu ianya sebagai tanda kemuliaan kerana pemimpin yang baik adalah
pemimpin yang boleh berkhidmat dan menjadi pelayan bagi rakyatnya.
Seorang
pemimpin sejati :
1. Mampu
meningkatkan kemampuan dirinya untuk memuliakan orang-orang yang dipimpinnya.
2. Membelanjakan
lebih banyak dari hartanya untuk kepentingan rakyatnya.
3. Bekerja
lebih keras mengorbankan masa dan kesenangan dirinya untuk keselesaan rakyatnya.
4. Berfikir
lebih kuat, lebih lama dan lebih mendalam berbanding orang yang dipimpinnya.
Demikianlah
pemimpin sejati yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan sebaliknya
iaitu pemimpin yang hanya ingin dilayani atau ingin mendapatkan dan mengambil
sesuatu dari orang-orang yang dipimpinnya.
KEDUA
: PEMANDU (MUWAJJIH)
Pemimpin
adalah pemandu yang memberikan arahan pada pengikutnya untuk menunjukkan jalan
yang terbaik supaya selamat sampai ke matlamat tertentu dan tentu sahaja ianya
akan tercapai dengan sempurna jika arahan-arahan itu berada di bawah naungan
syariat Islam.
CIRI-CIRI
PEMIMPIN DALAM ISLAM
Perlu
disedari bahwa dalam memilih pemimpin, ada tanggung jawab yang akan dipikul di
hadapan Allah swt terhadap pilihan kita.
Di sinilah
pentingnya seorang pemilih atau pengundi mengenal calon pemimpinnya agar ia boleh
mengetahui kesesuaiannya dengan watak pemimpin ideal yang ditetapkan oleh
Islam. Jika ternyata ianya sesuai, maka jangan segan silu untuk memberikan undi
bagi memilih pemimpin tersebut.
Imam Al-Mawardi di dalam kitabnya ‘Al-Ahkam Ash-Shulthaniyah’ menyebutkan syarat-syarat seorang pemimpin di antaranya :
a. Adil dengan
ketentuan-ketentuannya.
b. Mempunyai ilmu yang boleh menghantarkannya kepada ijtihad dalam menetapkan permasalahan semasa dan hukum-hakam.
c. Sihat jasmaninya
merangkumi pendengaran, penglihatan dan lisan agar ia dapat terus menangani tugas kepemimpinan.
d. Mempunyai tubuh badan yang normal (tidak cacat) yang tidak menghalangnya untuk bergerak dan beraksi.
e. Mempunyai kebijaksanaan
yang boleh digunakan untuk
mengurus rakyat dan mengatur kepentingan negara.
f. Memiliki keberanian
yang boleh digunakan untuk melindungi wilayah pemerintahan dan memerangi musuh.
Tanpa memiliki ciri-ciri di atas, seorang pemimpin akan menghadapi kesulitan dalam mengatur dan mengurus negara dan rakyatnya.
Ibnul-Muqaffa' dalam kitabnya ‘Al-Adabul-Kabir Wa Adabush-Shaghir’ menyebutkan perkara-perkara penting yang perlu diketahui oleh seorang pemimpin :

“Tanggung jawab
kepemimpinan merupakan sebuah urusan yang besar.
Seorang pemimpin perlu memiliki empat
kriteria yang merupakan tiang dan rukun
kepemimpinan. Di atas keempat kriteria inilah sebuah kepemimpinan akan tegak, iaitu:
1. Tepat dalam memilih.
2. Keberanian dalam
bertindak.
3. Pengawasan yang
ketat.
4. Keberanian dalam melaksanakan hukuman.”
Selanjutnya ia mengatakan :
Selanjutnya ia mengatakan :
“Pemimpin tidak akan
mampu berjalan tanpa menteri dan para pembantunya manakala para menteri tidak akan
bermanfaat tanpa kasih sayang dan nasihat dan tidak ada kasih
sayang tanpa akal yang bijaksana dan kehormatan diri.”
Dia menambah lagi :
Dia menambah lagi :
“Para pemimipin
hendaklah sentiasa mengawasi orang bawahannya dan menanyakan keadaan mereka sehingga keadaan orang
bawahannya tidak ada yang
samar baginya, samada yang baik ataupun yang buruk. Setelah itu, janganlah ia membiarkan
pegawai yang baik tanpa memberikan balasan dan janganlah membiarkan pegawai
yang nakal atau yang lemah tanpa
memberikan hukuman ataupun tindakan di
atas kenakalan dan kelemahannya itu. Jika dibiarkan, maka pegawai yang baik
akan bersikap malas dan pegawai
yang nakal akan semakin berani. Jika demikian, maka
kacaulah sesuatu urusan dan rosaklah sesuatu pekerjaan.”
Ath-Thurthusyi dalam kitabnya ‘Sirajul-Muluk’ mengatakan :
Ath-Thurthusyi dalam kitabnya ‘Sirajul-Muluk’ mengatakan :
Allah swt telah berfirman :
“Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, pasti rosaklah bumi ini.” (QS Al-Baqarah : 251)
“Yakni, seandainya Allah swt tidak menegakkan pemimpin di muka bumi untuk menolak sikap wewenangan yang kuat terhadap yang lemah dan membela orang yang dizalimi ke atas yang menzalimi, niscaya hancurlah orang-orang yang lemah. Manusia akan saling memangsakan antara mereka. Segala urusan menjadi tidak akan teratur, dan hidup pun tidak akan tenang dan rosaklah kehidupan di atas muka bumi. Kemudian Allah menurunkan kurniaan kepada umat manusia dengan menegakkan kepemimpinan iaitu dengan mengadakan pemerintahan di muka bumi sehingga kehidupan manusia menjadi aman.
Kurniaan Allah Azza wa Jalla ke atas orang yang zalim, ialah dengan menahan tangannya dari perbuatan zalim sedangkan kurniaan-Nya ke atas orang yang dizalimi ialah dengan memberikan keamanan dan tertahannya tangan orang yang zalim terhadapnya.”
Nabi saw bersabda :
“Tujuh golongan yang akan dinaungi Allah pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya: (1) Seorang imam yang adil (2) Seorang pemuda yang menghabiskan masa mudanya dengan beribadah kepada Allah. (3) Seorang yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid. (4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah. (5) Lelaki yang diajak seorang wanita yang cantik dan terpandang untuk berzina lantas ia berkata: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah". (6) Seorang yang menyembunyikan sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya. (7) Seorang yang berzikir kepada Allah seorang diri hingga menitis air matanya.”
Abu Hurairah ra berkata :

“Amal seorang imam
yang adil terhadap rakyatnya sehari, lebih utama daripada ibadah seorang ahli
ibadah di tengah keluarganya selama seratus atau lima puluh tahun.”
Masruq berkata :
“Andaikata aku
memutuskan hukum dengan hak sehari. maka itu lebih aku sukai daripada aku
berperang setahun fi sabilillah.”
Kebenaran perkataan ini akan nampak lebih jelas jika kita melihat kebaikan yang akan diperolehi oleh rakyat disebabkan kebaikan pemimpin mereka.
Wahab bin Munabbih berkata :
Kebenaran perkataan ini akan nampak lebih jelas jika kita melihat kebaikan yang akan diperolehi oleh rakyat disebabkan kebaikan pemimpin mereka.
Wahab bin Munabbih berkata :
“Apabila seorang
pemimpin berkeinginan melakukan kecurangan atau telah melakukannya, maka Allah
akan menimpakan kekurangan pada rakyatnya di pasar, di sawah, pada haiwan ternak dan pada segala sesuatu. Dan apabila seorang
pemimpin berkeinginan melakukan kebaikan dan keadilan atau telah melakukannya
niscaya Allah akan menurunkan keberkatan kepada penduduknya.”
Umar bin Abdul-Aziz berkata :
Umar bin Abdul-Aziz berkata :
“Masyarakat umum boleh binasa kerana perangai orang-orang (kalangan) khusus (para pemimpin). Sementara
kalangan khusus tidaklah binasa kerana perangai masyarakat. Kalangan khusus itu adalah para pemimpin.
Berkaitan dengan makna inilah Allah swt berfirman :
“Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu.” (QS Al Anfal : 25 )
Al-Walid bin Hisyam berkata :
“Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu.” (QS Al Anfal : 25 )
Al-Walid bin Hisyam berkata :
“Sesungguhnya rakyat
akan rosak kerana rosaknya pemimpin, dan akan menjadi baik kerana baiknya pemimpin.”
Di antara
ciri-ciri pemimpin yang lain dalam Islam ialah :
PERTAMA
: JUJUR
Pemimpin
Islam mestilah jujur kepada dirinya sendiri dan rakyatnya. Seorang pemimpin
yang jujur akan menjadi contoh terbaik iaitu pemimpin yang perkataan dan
perbuatannya sentiasa selari.
KEDUA
: BERKOMPETEN
Kompetensi
dalam bidangnya adalah sesuatu yang mutlak yang mesti dimiliki oleh seorang
pemimpin Islam. Orang akan mengikuti seseorang jika dia benar-benar meyakini
bahawa orang yang diikutinya benar-benar tahu apa yang sedang dilakukannya.
KETIGA
: MEMBAWA INSPIRASI
Seorang
pengikut akan merasakan ‘selamat’ jika pemimpinnya
membawanya kepada rasa keselesaan dan menimbulkan rasa optimis walau seburuk manapun
situasi yang sedang dihadapi.
KEEMPAT
: SABAR
Pemimpin
Islam mestilah sabar dalam menghadapi segala macam persoalan dan keterbatasan
serta tidak bertindak secara tergesa-gesa dalam mengambil keputusan.
KELIMA
: RENDAH DIRI
Seorang
pemimpin Islam hendaklah memiliki sikap rendah diri dan tidak suka menampakkan
kelebihannya (riya’) serta tidak merendahkan orang lain.
KEENAM
: MEMENTINGKAN MUSYAWARAH
Dalam
menghadapi setiap persoalan, seorang pemimpin Islam mestilah menempuh jalan
musyawarah serta tidak menentukan keputusannya sendiri.
Syeikh Abdurrahman
As-Sa’di mengatakan :
“Jika Allah mengatakan kepada Rasul-Nya, padahal baginda
adalah orang yang paling sempurna akalnya, paling banyak ilmunya dan paling
banyak ideanya, “Maka bermusyawarahlah dengan
mereka dalam urusan itu. “ (QS Ali Imran : 159), maka bagaimana pula dengan
Baginda?”
KETUJUH
: MAMPU BERKOMUNIKASI DENGAN RAKYATNYA
Kapasiti
ilmiah serta rasa sensitiviti yang baik terhadap mereka yang dipimpinnya, pada
akhirnya akan melahirkan seorang pemimpin yang mampu berkomunikasi dengan baik
kepada rakyatnya.
Komunikasi
yang baik kepada rakyatnya bukanlah sekadar kemampuan menimbulkan retorik yang
baik, tetapi juga kemampuan memilih perkara yang akan diceritakan kepada orang awam
serta masa yang sesuai semasa meceritakannya.
Kematangan
seorang pemimpin akan membuatnya mampu berkomunikasi dengan baik di samping jauh
dari sikap emosional.
Namun, yang
terpenting dari semua itu adalah pemimpin akhirnya mampu mengambil sebuah dasar
yang tepat dalam sebuah keadaan yang memang diperlukan oleh rakyat yang
dipimpinnya.
KELAPAN :
BERKONGSI DENGAN RAKYAT
Pemimpin yang
paling baik ialah pemimpin yang ikut sama berkongsi suka
duka bersama rakyatnya.
Rakyat mendapat bahagian keadilan yang sama serta tidak ada yang lebih
istimewa dari yang lain sehingga pihak yang merasa kuat tidak memiliki keinginan melakukan
kezalimannya
dan pihak yang lemah pula tidak merasa putus asa untuk mendapatkan
keadilan.
Ada sebuah kata-kata
hikmah :
“Pemimpin yang baik
ialah pemimpin yang orang-orang tidak bersalah merasa
aman dan orang-orang yang bersalah merasa takut manakala pemimpin yang buruk ialah pemimpin yang orang-orang tidak bersalah merasa takut dan orang-orang yang bersalah
merasa aman.”
Umar bin Al-Khatthab ra berkata kepada Al-Mughirah ketika mengangkatnya menjadi gabernur di Kufah :
Umar bin Al-Khatthab ra berkata kepada Al-Mughirah ketika mengangkatnya menjadi gabernur di Kufah :
“Wahai Mughirah,
hendaklah orang-orang yang baik merasa aman
denganmu dan orang-orang yang jahat merasa takut
terhadapmu.”
Ada sebuah lagi kata-kata hikmah :
Ada sebuah lagi kata-kata hikmah :
“Seburuk-buruk harta
ialah yang tidak diinfakkan. Seburuk-buruk teman ialah yang lari ketika diperlukan. Seburuk-buruk pemimpin ialah pemimpin yang membuat
orang-orang baik merasa takut.
Seburuk-buruk negeri ialah negeri yang tidak ada kemakmuran dan keamanan.
Sebaik-baik pemimpin ialah pemimpin yang seperti burung helang yang dikelilingi bangkai, bukan pemimpin yang
seperti bangkai yang dikelilingi oleh burung helang.”
KESEMBILAN : BERSIFAT PEMAAF
KESEMBILAN : BERSIFAT PEMAAF
Seorang pemimpin
hendaklah juga memiliki sifat pemaaf kerana maaf dari orang yang kuat adalah suatu kelebihan (fadhilah).
Sifat pemaaf yang
dimiliki oleh
seorang pemimpin, ibarat mahkota bagi seorang raja.
Allah swt telah mengatakan:
“Jadilah engkau seorang pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh.” (QS Al-A'raf :199)
Demikian pula firman Allah swt yang menganjurkan memberi maaf :
“(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (QS Ali 'Imran :134)
Aisyah ra berkata :

“Aku tidak pernah
melihat Rasulullah saw membalas dendam
terhadap kezaliman yang dilakukan terhadap baginda. Hanya sahaja, apabila sesuatu dari
hukum Allah dilanggar, maka tidak ada satupun yang dapat menghalang kemarahan baginda
saw.”
KESEPULUH : MEMILIKI SIFAT KASIH SAYANG
KESEPULUH : MEMILIKI SIFAT KASIH SAYANG
Seorang pemimpin
hendaklah memiliki sifat kasih sayang.
Nabi saw bersabda :
“Sayangilah orang-orang yang di bumi, niscaya Allah yang ada di langit akan menyayangimu.” (HR Tirmidzi)
Orang yang paling berhak menjadi pemimpin ialah yang paling kasih lagi paling penyayang.
“Sayangilah orang-orang yang di bumi, niscaya Allah yang ada di langit akan menyayangimu.” (HR Tirmidzi)
Orang yang paling berhak menjadi pemimpin ialah yang paling kasih lagi paling penyayang.
Sebaik-baik
pemimpin ialah yang boleh menjadi teladan dan pembuka hidayah bagi rakyatnya dan seburuk-buruk pemimpin ialah pemimpin yang
menyesatkan.
Mafhum dari sebuah hadith dikatakan bahwa rakyat berada di bawah agama pemimpinnya. Jika bagus agama
pemimpinnya, maka bagus pulalah agama rakyatnya. Jika kacau agama pemimpinnya,
maka kacau pulalah agama rakyatnya.
Dalam hadith lain, Rasulullah saw bersabda :
“Sesungguhnya, yang paling aku khuatirkan atas dirimu ialah imam-imam yang menyesatkan.” (HR Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dalam hadith lain, Rasulullah saw bersabda :
“Sesungguhnya, yang paling aku khuatirkan atas dirimu ialah imam-imam yang menyesatkan.” (HR Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Sabda Nabi saw lagi :
“Sesungguhnya, Allah
tidak mengangkat ilmu sekaligus dari umat manusia, namun Allah mengangkatnya
dengan mewafatkan para ulama’ sehingga apabila
tidak ada lagi tersisa
seorang pun ulama’, manusia
mengangkat orang-orang jahil sebagai pemimpin. Ketika ditanya, mereka
mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Akhirnya
mereka sesat lagi menyesatkan.”
Imam Ath-Thurthusyi berkata :
Imam Ath-Thurthusyi berkata :
“Hayatilah hadith ini baik-baik. Sesungguhnya, musibah menimpa manusia
bukan kerana ulama’ tetapi apabila para ulama’ telah wafat lalu
orang-orang jahil mengeluarkan fatwa atas dasar kejahilannya, saat itulah
musibah menimpa manusia.”
Ia melanjutkan perkataannya bahwa :
Ia melanjutkan perkataannya bahwa :
“Umar bin Al Khatthab ra telah menerangkan maksud tersebut. Dia berkata, ‘Seorang yang amanah tidak akan berkhianat.
Hanya sahaja pengkhianat apabila diberi amanah, lantas wajar sahaja jika ia berkhianat’.”
RAHSIA
KEKUATAN PEMIMPIN
PERTAMA
: KEKUATAN IMAN, ILMU DAN WAWASAN YANG LUAS
Seluruh para
Nabi dan Rasul memimpin dengan kekuatan iman dan ilmu.
Nabi Sulaiman
as memerintah hampir seluruh makhluk (seperti jin, binatang, angin) dengan ilmu
dan keimanan yang kuat.
Nabi
Muhammad saw dapat menyelesaikan pelbagai masalah dengan ilmu dan keimanan yang
kuat.
Dengan
ilmu dan iman, seorang pemimpin akan sanggup memimpin dirinya (seperti memimpin
matanya, hatinya, lidahnya, fikiran dan hawa nafsunya) sebelum memimpin orang
lain.
KEDUA
: IBADAH DAN TAQARRUB KEPADA ALLAH
Ibadah dan
banyak bertaqarrub kepada Allah dapat melahirkan :
a. Kewibawaan.
b. Ketawadhu’an.
c. Kesabaran.
d. Optimistik.
e. Tawakkal.
Ibadah dan
taqarrub juga akan melahirkan kekuatan ruhaniyah yang dahsyat.
KETIGA
: KETELADANAN
Ketika
Rasulullah saw mengajak para sahabat untuk berjihad, baginda bertempur di
garisan paling depan, paling ringan bersedekah dan hidup paling bersahaja.
Ketika
Rasulullah saw menyuruh bertahajjud, bagindalah yang kakinya bengkak kerana
banyak bertahajjud.
Ketika
Rasulullah saw mengajak umatnya untuk berhias dengan akhlak mulia, bagindalah
manusia yang paling mulia akhlaknya.
Sesungguhnya
bagi calon pemimpin yang akan dipilih, amanah yang akan dipikul bukanlah suatu
kemegahan dan kebanggaan. Maka, jadikanlah janji Allah untuk memasukkan
pemimpin yang adil dalam syurgaNya sebagai sumber tenaga hidup anda.
Bagi kita
yang akan membuat pilihan calon pemimpin dan seterusnya akan dipimpin, marilah
kita sedari bahawa peluang kita hanya sekali untuk mengundi dan melakukan
pilihan dengan tepat.
Selepas
itu, kemampuan kita dalam menentukan arah kepimpinan tidak sekuat semasa kita
memilih atau mengundi.
Setidak-tidaknya,
kita telah berusaha untuk melakukannya dan yang pasti, pilihan kita akan dipertanggungjawabkan
di hadapan Allah swt.
Semoga
Allah swt memberi petunjuk ke dalam hati kita untuk mengundi calon pemimpin
yang benar-benar layak bagi melaksanakan tugas kepemimpinan dan amanah besar
terhadap rakyat keseluruhannya.
Ya Allah,
berilah taufiq dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memilih calon pemimpin
yang benar-benar berjiwa rakyat, berkorban untuk rakyat dan melaksanakan segala
agenda untuk kepentingan dan keselesaan
rakyat.
Ameen Ya
Rabbal Alameen
WAS