Sehingga ke saat ini Allah swt masih memberikan rahmat kepada kita
melalui hidayah, iman, Islam serta dakwah dan tarbiyah.
Sungguh, nikmat iman dan Islam apatah lagi nikmat dakwah dan tarbiyah bukanlah
nikmat yang Allah berikan kepada semua hambaNya.
Di antara sekian banyak manusia di muka bumi ini, hanya sebahagian sahaja
yang muslim.
Di antara yang muslim tersebut, hanya sebahagian sahaja yang mengenali Islam
secara utuh.
Di antara yang mengenali Islam secara utuh tersebut, hanya sebahagian pula
yang diberikan kesempatan untuk menjadi pendokong agama Allah yang menegakkan dakwah
dan tarbiyah Islamiyah.
Maka bersyukurlah bahwa kita masih diberikan nikmat yang luar biasa ini.
Salah satu perkara yang membuatkan dakwah ini mengalami kerapuhan adalah
lemahnya Tarbiyah Islamiyah di kalangan para aktivis dakwah.
Ini adalah bahaya besar yang mengancam gerakan Islam secara nyata dan
menimbulkan kesan yang ketara.
Lemahnya tarbiyah yang seterusnya mengancam gerakan Islam tidak berlaku
secara tiba-tiba. Ia adalah seperti ‘virus’ yang melumpuhkan sistem
kekebalan organisasi sedikit demi sedikit.
Bahayanya tidak dirasakan secara langsung namun ia timbul secara perlahan-lahan.
Hal inilah yang membuatkan ramai dari para aktivis dakwah lengah dan leka terhadap
bahaya yang mendatang ini.
Padahal sistem tarbiyah ini dirancang dengan begitu rapi.
Ia adalah :
“Cara yang ideal dalam berinteraksi dengan
fitrah manusia, baik secara langsung (berupa kata-kata), mahupun tidak langsung
(berupa keteladanan, sesuai dengan sistem dan wasilahnya yang khusus) untuk
memproses perubahan dalam diri manusia menuju keadaan yang lebih baik.”
Begitulah definisi lengkap
tarbiyah yang dikemukakan oleh Ustaz Ali Abdul Halim Mahmud.
Wasilah-wasilah tarbiyah yang dilaksanakan dalam berbagai suasana sudah menjadi
semakin lengkap iaitu mencakupi halaqah, mabit, mukhayyam, daurah, rehlah dan wasilah-wasilah
lainnya, namun persoalannya adakah kita sudah mendapat manfaat secara maksimum
dari setiap pertemuan tarbawi tersebut?
Setelah masa berlalu, kadang-kadang banyak sekali kita temui fenomena
bahwa wasilah-wasilah tarbiyah tidak lagi menjadi sesuatu yang dirindukan.
Ianya wujud dan dilaksanakan, namun miskin ruh dan semangat.
Peserta yang datang pula hanya sekadar duduk, mendengar lalu kemudiannya
pulang sehingga tidak ada “ole-ole” penyegaran jiwa,
pengetahuan baru dan semangat yang bergejolak setelah pulang dari menghadiri
wasilah-wasilah tarbiyah tersebut.
Akibatnya wasilah tarbiyah :
1.
Menjadi sepi dari peminat.
2.
Lemah dari sudut semangat
perlaksanaannya.
Kita sebenarnya perlu kembali melihat bagaimana proses pentarbiyahan
yang dilaksanakan di peringkat awal Islam di zaman Rasulullah saw dan para
sahabat serta mengambil mutiara-mutiara berharga dari sudut persediaan
pembinaan ruhiyah mereka.
Pada tahap pembinaan ruhiyah, tidak ada yang
lebih besar pengaruhnya bagi jiwa kita selain daripada menekankan soal :
a.
Ibadah.
b.
Ketaatan.
c.
Amalan-amalan
sunnah.
Ibadahlah yang akan :
1.
Menghubungkan hati dengan
Allah swt.
2.
Meneguhkan jiwa dalam
menghadapi segala penderitaan.
3.
Meluluskan diri dalam
menghadapi fitnah.
4.
Membuatkan kita teguh di atas
kebenaran.
Ia adalah tahap ibadah, ‘tabattul’ (konsentrasi dalam ibadah
hanya kepada Allah) dan qiyamul lail.
Al-Bazzar meriwayatkan dari Muhammad bin Aqil bin Jabir, ia berkata :
“Quraisy
bermesyuarat di Darun Nadwah. Berkatalah sebahagian dari mereka. ‘Berilah nama
orang ini (Nabi saw) dengan suatu nama yang akan menghalang orang darinya.’
Sebahagian
mereka bertaka ‘tukang ramal’. Sebahagian lagi menjawab, ‘Dia bukan tukang
ramal’. Yang lain berkata ‘Orang gila!’ manakala sekelompok yang lain menolak
‘Ia bukan orang gila’. Sebahagian mereka berkata ‘Tukang sihir’ manakala
sebahagian yang lain membantah ‘Ia bukan tukang sihir’.
Kemudian
orang-orang musyrik itu bersurai dalam keadaan demikian. Mendengar peristiwa
tersebut, Nabi saw terus berselimut dan berpeluh dalam pakaiannya. Kemudian
Jibril datang kepada baginda dan berseru; “Wahai orang yang berselimut, wahai orang yang
berselimut… !”
Imam Ahmad meriwayatkan perkataan Aisyah radhiyallahu’anha :
“Sesungguhnya
Allah mewajibkan Qiyamullail pada awal surah ini. Kemudian Rasulullah saw dan
para sahabatnya melaksanakannya selama satu tahun sehingga kaki-kaki mereka
bengkak. Allah menahan penutup surah ini di langit selama 12 bulan. Kemudian
Allah menurunkan keringanan di akhir surah sehingga qiyamullail menjadi sunnah
setelah diwajibkan.”
Qiyamullail yang diwajibkan pada permulaan ini merupakan ‘daurah
tadribiah ‘anifah’ (Latihan intensif dan keras) untuk meningkatkan komitmen
dan ketaatan kepada perintah Allah selama satu tahun penuh sebagaimana pengarahan
Al-Qur’an berikut :
“Wahai orang
yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali
sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu
sedikit. atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Qur’an itu dengan
perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang
berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyu’)
dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari
mempunyai urusan yang panjang (banyak).” (QS Al Muzzammil : 1-7)
Seluruh malam kecuali sedikit darinya mesti digunakan untuk Qiyamullail.
Qiyamullail sendiri bukanlah sasaran dan bukan pula hukuman Allah terhadap
hambaNya, tetapi ia merupakan :
a.
‘Tarbiyah imaniyah’ (Pembinaan keimanan) untuk mewujudkan hubungan yang kuat dengan Allah.
b.
Wasilah untuk mendekatkan diri
kepada Allah.
c.
Wasilah untuk zikrullah, ‘tabattul’
dan tawakkal kepadaNya.
“Sebutlah
nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan. (Dia-lah)
Tuhan Timur dan Barat, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, maka
ambillah Dia sebagai pelindung.” (QS Al Muzzammil : 8-9)
Zikrullah, ‘tabbatul’, tawakkal dan ibadah kepadaNya adalah senjata-senjata
dalam pertarungan.
Senjata-senjata inilah yang membekalkan kepada kaum mukminin dengan
kesabaran dalam menghadapi ujian, penyiksaan dan penghinaan.
“Dan
bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara
yang baik. Dan biarkanlah Aku (sahaja) bertindak terhadap orang-orang yang
mendustakan itu, orang-orang yang mempunyai kemewahan dan beri tangguhlah
mereka barang sebentar.” (QS Al Muzzammil : 10-11)
Para penyeru agama Allah sangat perlu kepada senjata ini dalam
melaksanakan tugas dakwah yang sentiasa menghadapi berbagai rintangan dan
gangguan.
Jika pada tahap seperti ini, gerakan Islam tidak memperhatikan aspek ibadah,
aspek ruhiyah, qiyamullail yang rutin dan berterusan serta daurah-daurah secara
berulang-ulang untuk “terus hidup”, pasti ia akan
menyaksikan para pendokongnya berjatuhan satu demi satu dan menghadapi
kepupusan kesan dari tribulasi dalam kehidupan mereka.
Perlu diingat bahwa qiyamullail hanya akan
menjadi teori yang tidak dapat diaplikasikan apabila simpanan hafalan Al-Qur’an
para aktivis dakwah sangat minimum.
Ini kerana mereka yang tidak memiliki hafalan Al-Qur’an kecuali beberapa
ayat akan terpaksa mengulang-ulang ayat tersebut di dalam solatnya.
Lantas :
1.
Bagaimana ia melaksanakan
qiyamullail?
2.
Bagaimanakah hatinya akan
tergerak untuk khusyu’?
3.
Bagaimana ia akan merasakan lazatnya
taat dan ibadah jika kelazatan Al-Qur’an tidak dapat diintegrasikan dalam
hatinya serta memenuhi kehidupan, ruh, pendengaran dan penglihatannya sehingga “cahaya”
Al-Qur’an memancar dengan kuat dari hatinya?
Sesungguhnya, manhaj tarbiyah yang perlu ditetapkan kepada para pemuda
di marhalah permulaan adalah manhaj Qur’ani.
Tidaklah cukup Al Qur’an ini hanya dijadikan pokok pangkal manhaj secara
keseluruhan dan ‘tsaqafah’ (pengetahuan) yang disajikan kepada para aktivis
dakwah tetapi di samping itu, hafalan Al-Qur’an juga mesti dijadikan sasaran
utama di antara sasaran manhaj, terutama bagi aktivis dakwah yang masih muda
dan memiliki kemampuan hafalan yang baik.
Manhaj tarbiyah harakiyah yang disusun oleh gerakan
Islam mesti berhasil menjadikan para pemuda hafal banyak dari ayat-ayat Al-Qur’an tatkala mereka memasuki usia dua puluh tahun sehingga menjadi bekalannya
dalam ketaatan, gerakan, tahajjud dan ibadah.
Pada saat itulah , ia merasakan lazatnya ibadah, taat dan qiyamullail serta
menikmati lazatnya zikir dan tawakkal.
“Sebutlah
nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.” (QS Al-Muzzammil
: 8)
Selain itu, Manhaj tarbiyah pada tahap ini juga mesti meletakkan
zikrullah, tahlil, takbir, tahmid, tasbih dan solawat kepada Nabi saw, membaca
wirid ma’tsur dan zikir-zikir secara mutlak, berterusan siang dan malam.
Sesungguhnya pemuda muslim yang menjalani masa muda mereka dengan :
a.
Tekun beribadah dan dalam ketaatan
yang berterusan untuk membaca Al-Qur’an.
b.
Kedua kaki mereka letih kerana
qiyamullail.
c.
Zikrullah di tempat sunyi
hingga kedua mata mereka menitiskan air mata.
d.
Hati mereka sentiasa terpaut
dengan masjid.
e.
Sentiasa membasahi bibir
mereka dengan zikir-zikir dan ayat-ayat Al-Qur’an siang dan malam.
f.
Hati dan fikiran mereka
dibentuk oleh Al-Qur’an.
Merekalah pemuda ideal yang mesti diwujudkan oleh gerakan Islam.
Inilah ‘minhajul bina’ (sistem pembinaan) pertama melalui surah Al-Muzzammil.
Mari kita menyorot kembali bagaimana Imam Hasan Al Banna melihat
fenomena ini dan berusaha untuk memasukkan kembali makna-makna tarbawi di dalam
setiap wasilah-wasilah tarbiyah yang kita kendalikan.
Dalam ‘Pertemuan Selasa’ (Haditsu Tsulasa’) yang diadakan
diadakan secara berkala, Imam Hasan Al Banna sentiasa mengingatkan tentang
keperluan memasukkan makna-makna tarbawi dalam setiap pertemuan Al Ikhwan.
Beliau mengambil sebuah hadith Rasulullah saw :
“Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah, membaca dan
mempelajari kitab Allah secara bersama-sama, kecuali mereka akan diliputi oleh
rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan disebut Allah di hadapan para
malaikat di sisiNya. Barang siapa lambat dalam beramal, nasabnya tidak dapat
menyempurnakannya.”
Wahai ikhwah, setiap kaum yang berkumpul di
tempat mulia, membaca dan mempelajari kitab Allah bersama-sama niscaya :
1.
Allah
swt meliputi mereka.
2.
Ketenangan
dari sisi Allah turun kepada mereka.
3.
Para
malaikat mengelilingi mereka.
4.
Allah
menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang ada di sisiNya.
Aku ingin memberitahu kamu tentang perasaan
yang aku rasakan dan tentang apa yang seharusnya dilakukan, kerana tujuan kajian ini bukanlah sekadar
untuk mendapatkan informasi ilmiah atau ruhiyah semata-mata.
Dari pertemuan ini, aku tidak bermaksud
mengemukakan banyak hakikat ilmiah kepada kamu semua agar kamu boleh mengerti
dan tidak bermaksud mempengaruhi jiwa kamu semua, kerana pada akhirnya pengaruh
itu pasti muncul pada siapa sahaja yang mendengarkan dan merenungkan kitab
Allah swt.
Aku tidak bermaksud mewujudkan kedua perkara
ini semata-mata, tetapi aku bermaksud mendapatkan manfaat yang nyata, iaitu
agar perjumpaan kita dalam kajian ini dapat
dijadikan wasilah untuk saling mengenali, menjalin hubungan agar sebahagian
akrab dengan sebahagian yang lain dan sebahagian kita berbahagia berjumpa
dengan sebahagian yang lain sehingga :
a.
Jiwa
kita saling akrab.
b.
Hati
kita saling bertaut.
c.
Fikiran
kita saling mengasah.
d.
Kita
dapat terus-menerus mengkaji banyak atau sedikit dari aspek-aspek ilmiah yang
berkaitan dengan diri kita.
Ikhwah yang tercinta, dengan pertemuan ini aku
ingin membuka kesempatan untuk saling memahami dan mengenali, maka hendaklah kamu
semua berusaha mewujudkannya.
Percayalah kepadaku bahwa aku sangat merindukan
kajian ini, sekalipun kadang-kadang aku tidak mempunyai hasrat untuk berbicara,
tetapi mungkin saat berlangsungnya acara kajian ini adalah saat jiwa ini
bersih.
Barangkali jiwa ini
boleh berpaling dan mengendur, tetapi percayalah kepadaku, ikhwah sekalian,
bahwa aku merindukan saat ini, di hari ini, dengan kerinduan yang luar biasa.
Aku menunggu-nunggu
saatnya tiba. Bertanya dan saling memahami adalah
perbuatan yang pahalanya lebih besar di sisi Allah daripada belajar.
Nabi kita saw pernah bersabda :
“Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak akan
beriman sehingga kamu saling mencintai.”
Seorang mukmin adalah orang yang :
1.
Berhati
nurani.
2.
Berperasaan.
3.
Hidup
hatinya.
Wahai ikhwah, seorang mukmin adalah seorang
yang lemah lembut dan ramah di manapun ia berada. Ke manakah curahan hati
orang-orang yang beriman ini diarahkan?
Allah swt telah menjadikan sasaran dari
curahan hati ini untuk :
a. Pertama kali adalah menuju Zat-Nya.
b. Kemudian kepada RasulNya.
c. Lalu kepada kebaikan.
d. Kemudian kepada orang-orang yang beriman.
Inilah tempat-tempat yang perlu dijadikan
sasaran curahan hari seorang mukmin.
Kita mesti sentiasa mengusahakan agar :
1.
Tegaknya
cinta kepada Allah.
2.
Semaraknya
cinta kepada Rasul.
3.
Tumbuhnya
kebaikan.
4.
Bertambahnya
kawan, saudara dan orang dicintai kerana Allah.
Aku kembali ingin menegaskan bahwa kajian
kita tentang kitab Allah swt dimaksudkan agar:
a.
Hati
seorang mukmin berorientasi kepadanya.
b.
Berlaku
hubungan yang sejati antara satu hati dengan hati yang lain.
c.
Bertaut
hati orang-orang yang beriman.
Wahai ikhwah, ketika hati berhasil mengetahui
rahsia-rahsia kitab Allah yang sebelumnya tidak pernah disingkapnya dan
berhasil mencapai ilmu yang bermanfaat, yang jauh dari sikap berlebihan
orang-orang sufi atau perdebatan para ahli debat, maka ketika itu wahai ikhwah,
Allah swt mengurniakan kepada kamu :
1.
Kefahaman
yang paling mendalam.
2.
Tasawwuf
yang paling bersih.
3.
Tauhid
yang paling luhur dan tinggi.
Tujuan pertemuan kita ini bukanlah untuk menyerap
ilmu semata-mata, tetapi juga untuk mengikatkan hati kita kepada kitab Allah.
Yakinlah bahwa Nabi
kita saw mendidik generasi yang sempurna ini bukan dengan banyaknya ilmu dan
pengetahuan, tetapi dengan membersihkan hati dan jiwa mereka, sehingga mereka menjalin hubungan dengan ‘Al-Mala’ul A’la’ dan Allah
memberikan hikmah kepada mereka.
“Dan barangsiapa dikurniakan hikmah, maka sungguh ia telah diberi banyak
kebaikan.” (QS Al Baqarah : 269)
Ikhwah sekalian, Nabi saw tidak mempunyai
kurikulum selain Al-Qur’an, tidak mempunyai institusi pendidikan selain masjid.
Murid-murid baginda adalah Abu Bakar, Umar, Othman, Ali dan para sahabat baginda
yang lain, yang setara dengan mereka.
Apakah kita pernah melihat institusi
pendidikan lain yang lebih bersih dan lebih baik daripada institusi baginda ini
yang :
a.
Di
dalamnya para pelajar duduk di hamparan batu kerikil.
b.
Universiti
mereka beratapkan pelepah kurma di mana hujan yang turun boleh membasahi tubuh
mereka.
c.
Kurikulum
mereka adalah Al –Qur’an.
d.
Mereka
sentiasa menunggu-nunggu datangnya wahyu dari langit.
Dari institusi pendidikan ini, telah lulus
guru-guru yang paling sempurna yang pernah dikenali oleh dunia dalam segala
bidang keutamaan kemanusiaan. Penggembelingan usaha dan pendidikan ini hanya
dilaksanakan berdasarkan kitab Allah swt yang tidak dapat disentuh oleh kebatilan,
samada dari hadapan ataupun belakang.
Ikhwah sekalian, alangkah perlunya kita
kepada sebuah :
1.
Universiti
seumpama universiti baginda ini.
2.
Mimbar
sebagaimana mimbar Rasulullah saw yang di dalamnya rahmat turun, ayat-ayat
dibacakan serta cahaya ‘Rabbul Alamin’
dipancarkan.
Dari situlah dilahirkan para guru, bahkan
mahaguru.
Betapa perlunya
kita menjalin hubungan yang sungguh-sungguh dan terus menerus dengan Al-Qur’anul
Karim dan betapa perlunya pula kita memahami metod yang difahami oleh para
sahabat Rasulullah saw ini.
Begitulah yang dapat kita baca dalam rakaman Imam Hasan Al Banna dalam
salah satu pertemuannya.
Di sana kita dapat menangkap semangat bahwa pertemuan-pertemuan tarbawi
yang kita kelolakan ataupun yang kita lakukan seharusnya jauh dari sekadar
bersifat formal. Bagaimana jiwa yang bercahaya dan kehangatannya mampu melimpah
ruah atau dapat dibentuk dalam suasana formal yang beku?
Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi hakikat dari ‘Tarbiyah
Islamiyah’ yang sedang kita jalani ini dan fahami hakikat dari setiap wasilah
yang ada serta berusaha untuk sentiasa menghidupkan makna-makna tarbawi, samada
yang kita kelolakan ataupun yang kita terlibat sebagai peserta di dalamnya.
Maka, hendaklah kita faham sebelum beramal,
kemudian beramallah dengan ikhlas dan jihad
yang sempurna. Di mana jihad hanya akan dapat ditegakkan dengan pengorbanan
dan tajarrud keyakinan kita yang murni. Namun, hanya dengan keteguhanlah
kita dapat melalui jalan yang panjang dan berliku ini. Tsiqah
dan taatlah kita kepada pemimpin kita, insyaAllah, Allah akan
memberikan jalan dan semoga Allah sentiasa mengumpulkan kita dalam ikatan
terindah di alam semesta, iaitu ukhuwah
islamiyah.
Ya Allah, kurniakanlah makna-makna tarbawi dalam setiap
amal yang kami laksanakan sehingga semuanya itu dapat diikat dan dihubungkan
dengan Engkau semata-mata sehingga kami dapat memisahkan semua amal-amal kami
dari kehendak duniawi serta menumpukan sepenuh hati hanya kepadaMu.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS