Sesungguhnya dakwah itu tidak :
a. Hanya
memerlukan aktivis dakwah yang komited.
b. Hanya
disokong oleh kekuatan secara material.
c. Sekadar
didorong oleh kekuatan jasad dan ruhiyah
Ada perkara yang lain yang juga perlu menjadi bekalan
dalam dakwah dan itulah :
“Minda
yang kuat dan tekad yang dahsyat kerana Allah semata-mata.”
Minda
adalah salah satu dari sekian banyak "modal" yang Allah berikan
untuk kita jadikan bekalan dalam kehidupan kita.
Membangun
minda yang kuat dan tekad yang dahsyat bukanlah perkara yang mudah, tapi bukan
pula perkara yang rumit dan sukar.
Kekuatan
minda adalah ibarat "bahan bakar" untuk kita menggerakkan "mesin-mesin"
dakwah termasuk menggerakkan diri kita sendiri.
Seringkali
konteks membangun minda aktivis dakwah yang kukuh ini diabaikan. Kenyataan di
medan dakwah menyedarkan kita bahwa ada begitu banyak ujian :
1. Yang bersedia untuk melukai
langkah kita.
2. Yang bersedia untuk membuatkan
kita sakit.
3. Yang bersedia menghantarkan kita
ke tepian jalan.
4. Yang menempatkan kita untuk
merasa cukup menjadi "penonton" sahaja tanpa
mampu berbuat lebih banyak.
Dalam keadaan yang demikian, tentunya kekuatan minda seorang aktivis
dakwah sangat perlu untuk dibangunkan dan amat penting untuk diperhatikan
kerana jika tidak, maka bersedialah kita dengan banyaknya keluhan di atas
berbagai ujian yang kita temui di jalan dakwah.
Sebenarnya
tidak ada yang keliru dengan keluhan-keluhan itu, kerana keluhan adalah juga satu
keperluan manusia. Tapi yang menjadi keliru adalah ketika keluhan-keluhan yang
terlontar itu menjadi keluhan yang tidak membawa kepada jalan penyelesaian
bahkan yang wujud justeru melahirkan paradigma yang dekat kepada sudut-sudut
pesimistik sehingga sisi kehidupan yang dinamik yang sedang ditempuhi sekarang lahir
menjadi sesuatu perkara yang nampak sukar
dan rumit.
“Seharusnya
seorang aktivis dakwah itu belajar untuk mengubah paradigma berfikirnya dalam
melihat sesuatu. Meskipun kenyataan yang kita saksikan memang rumit dan terasa
berat, namun tidak bolehkah kita belajar melihat perkara itu menjadi sesuatu
yang ringan dan biasa sahaja???
Paradigma
berfikir secara optimis itu perlu dibangunkan walauapapun perkara atau masalah
yang kita temui di medan dan jangan kita sentiasa pandang ia sebagai suatu kesulitan
yang seolah-olah tidak ada jalan penyelesaiannya kerana setiap kita
menempatkannya begitu. Maka, seolah-olah tidak ada lagi jalan bagi kita untuk
menyelesaikannya.”
Ini bukanlah
bererti kita mengambil ringan terhadap permasalahan yang kita temui di medan
ketika kita tengah melaksanakan amanah, namun memang cara yang paling berkesan
untuk membangun minda seorang aktivis dakwah sebetulnya adalah dengan :
“Mengubah paradigma berfikir oleh
dirinya sendiri.”
“Menepi sejenak untuk berlari
seribu langkah lebih cepat", dan BUKAN justeru,
b. Berani untuk menangani spekulasi.
c. Berani untuk menempatkan
paradigma positif sebagai gerbang awal bagi berbagai permasalahan yang
dihadapinya.
Minda
yang kuat akan bersinergi dengan tekad yang dahsyat dan inilah modal "imuniti"
bagi seorang aktivis dakwah dalam memikul amanah.
Minda
yang cenderung rapuh akan sangat mudah memberi pengaruh kepada kekuatan
tekadnya untuk terus berada di atas jalan dakwah serta bersama-sama berada
dalam satu barisan.
Sinergistik
antara minda yang kuat dan tekad yang dahsyat ini menjadi modal utama bagi
terbangunnya aktiviti strategik dari aktivis dakwah itu sendiri. Jika hanya
salah satunya sahaja dipenuhi, maka kekuatan sebenar tidak dapat diserlahkan.
Membangun minda yang memiliki
daya tahan yang baik bagi seorang aktivis dakwah biasanya dimulai dengan
membangun paradigma berfikir yang positif terhadap segala sesuatu.
Secara idealnya, seorang aktivis
dakwah memang lebih banyak untuk berfikir secara positif, lebih-lebih lagi
dengan kefahaman dan keyakinan akan adanya pertolongan dari Allah, maka tidak
ada satu pun permasalahan yang tidak ada jalan penyelesaiannya dan kerana itu
tidak ada lagi alasan untuk terus berkeluh kesah tanpa ikhtiar mencari pemecah
kepada sesuatu masalah.
Kekuatan minda ini pada akhirnya
tidak hanya sekadar menjadi "imuniti" bagi aktivis
dakwah dalam memikul amanah dakwah bahkan ianya juga akan menjadi bekalan bagi
dirinya dalam melaksanakan aktiviti dalam kehidupan sehari-hari samada dalam
lingkungan barisan dakwah atau pun bukan.
JANGAN
BERSIFAT MENUNGGU
Kita tidak boleh bersikap tunggu dan lihat kerana
dakwah itu bersifat dinamik di mana ia bergerak dengan cepat, maka dengan itu
bersegeralah untuk memenuhi seruannya kerana jika tidak, maka kita akan
tertinggal dan mungkin sifat dinamik dakwah itu tidak akan kembali lagi
menghampiri kita.
Apakah peranan
strategik seorang aktivis dakwah?
Ya, ungkapan
di atas adalah ungkapan yang sebetulnya seringkali melintas dengan kuat dalam
diri kita atau ia hanya sekadar ungkapan yang diciptakan sendiri oleh kita di
mana, nampak agak gah dan hebat, namun ia adalah tamparan kepada kita di saat jiwa
kita ini lebih banyak memilih untuk diam.
Kadang-kadang
kita lihat ratusan atau bahkan ribuan orang di luar sana yang mengaku sebagai
aktivis, apalagi aktivis dakwah, hendaklah ia :
2. Belajar untuk berinisiatif
menggerakkan dirinya dalam aktiviti kebaikan sebelum ia mampu mendorong orang
lain untuk terlibat dalam aktiviti kebaikan itu.
Tidak
sedikit aktivis dakwah hari ini memilih untuk berada di zon selesa, menikmati
keselesaan yang sebetulnya adalah suatu khayalan kerana dalam dakwah itu, tidak
ada keselesaan yang hakiki selain keselesaan yang Allah hadiahkan kelak untuk
mereka yang ikhlas dan istiqamah berjuang di jalanNya kerana secara tabiinya,
dakwah adalah jalan yang penuh dengan onak dan duri dan sedikit sekali orang
yang mampu bertahan di atasnya.
Penilaian
besar lainnya adalah pemenuhan kapasiti setiap diri individu untuk mahu dan
mampu bersikap dinamik. Kekuatan kapasiti itu merupakan kemestian dari sebuah
ikhtiar.
Seorang aktivis
dakwah tidak hanya merasa cukup dengan banyaknya amanah yang ia laksanakan atau
cukup dengan banyaknya amanah yang ia pikul, namun pertautan yang kuat antara
amanah dengan kapasiti diri adalah penting. Ini adalah kerana seringkali kita
kemudiannya tidak cukup kuat untuk bertahan ketika kapasiti diri kita berkurang
atau bahkan tidak ada sama sekali.
Kapasiti
yang kita bicarakan ini adalah kapasiti secara ‘tsaqafah’. Seringkali kita terlalu banyak disibukkan dengan
berbagai ‘qadhaya’
(permasalahan) yang kita hadapi tanpa kemudian berusaha menempatkan diri
sebagai sumber kepada penyelesaian.
Sifat dinamik
sebuah dakwah terasa sangat kompleks dan tentu sahaja perkara itu memerlukan
kesediaan dari setiap aktivisnya untuk kuat bertempur dalam arus yang dinamik
itu.
Kita
tidak mahu sekadar kuat dari sudut ruhiyah semata-mata, namun kita juga ingin kuat
secara keilmuan, pengetahuan serta jasadiyah dan sudah barang tentu budaya ini
diperlukan serta dipertajamkan iaitu budaya kekuatan ‘tsaqafah’.
Kita
sepatutnya mampu membekalkan setiap diri aktivis dakwah dengan kemampuan untuk
:
a. Dapat berfikir secara strategik.
b. Menempatkan diri di posisi yang
tepat.
c. Bersikap anjal dalam menggeluti
medan teknikal.
Semua kemampuan di atas ternyata merupakan keperluan dan kemestian yang
tidak ada tawar menawar lagi.
Kadang-kadang kita terlalu ragu bahkan mungkin takut dengan sifat dinamik
yang ada di hadapan kita kerana kita tidak mempersiapkan diri kita untuk bergelut
dengan arus dinamik itu bahkan kita seringkali mudah diserang terhadap sesuatu keadaan
yang sepatutnya dapat kita kendalikan jika kita mengutamakan keyakinan dan
ikhtiar secara optimum serta tidak lari dari suasana itu.
Ketika
kita sedar bahwa wujudnya arus dinamik dakwah, maka sudah tentu menjadi aktivis
dakwah yang pasif bukanlah pilihan atau menjadi aktivis dakwah yang sentiasa
mencari "posisi aman", itu pun bukanlah jalan yang seharusnya
ditempuhi.
Arus dinamik
sebuah dakwah secara idealnya beriringan dengan sifat dinamik aktivis-aktivisnya.
Belajar
berfikir secara strategik terhadap arus dinamik itu bukan bermakna saling
menunggu kerana tidak selalu setiap langkah dakwah itu perlu menunggu arahan. Di
sudut lain, ia bukan pula bermakna kita kena bergerak dahulu dengan mengabaikan
keperluan mendengar sebuah arahan.
Di
sinilah berfikir secara strategik itu dituntut dari seorang aktivis dakwah di
mana usaha meningkatkan kapasiti diri dengan membaca, berdiskusi dan tentu sahaja
‘learning by doing’ serta belajar
dari sifat dinamik dakwah menjadi sebuah keperluan dan bukan suatu pilihan !!!
Komitmen
adalah sebuah perkataan yang setiap orang boleh menafsirkannya dengan cara dan
bahasa yang berbeza.
Lebih-lebih
lagi ketika dalam tahap untuk mencari maknanya yang tepat, sudah tentu setiap apa
yang ada dalam kepala seseorang berbeza dengan yang lainnya.
Namun,
perlu diakui bahwa seringkali komitmen ini dilupakan. Ia memang sesuatu yang
abstrak, namun samada kita sedar atau tidak bahwa sebuah komitmen adalah ibarat
pelita yang meskipun nampak kecil dan sesekali ditiup oleh angin, namun ia
tetap mampu memberikan cahaya meskipun mungkin kecerahannya tidak seberapa.
Mempertahankan
sebuah komitmen bukan sesuatu yang mudah, tapi bukan juga bererti tidak mungkin
dan yang jelasnya ujian dari sebuah komitmen itu luar biasa kesannya.
Secara
terminologinya, perbahasan terhadap perkataan komitmen itu memang cukup panjang
namun, apakah aplikasinya?
Lalu
timbul sebuah pertanyaan yang memecahkan sebuah pemikiran iaitu :
“Sudah seperti apakah komitmen
dakwah kita sampai saat ini?”
Mari kita
singgah sebentar pada ayat Allah berikut :
“Sesungguhnya
Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan
harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga
(disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang
membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang
benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (kitab- kitab) Taurat dan Injil,
serta Al Qur’an dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada
Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya
itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang
besar.” (QS At-Taubah : 111)
Satu ayat
itu sahaja sudah lebih dari cukup untuk mendefinisikan komitmen apakah yang semestinya
dimiliki oleh seorang muslim. Lebih-lebih lagi ketika peribadi muslim itu tahu
dan faham akan konteks dakwah dan jihad yang benar-benar membuatkan kepala ini
semakin tunduk, semoga disertai dengan ketundukan hati juga.
Lalu perkara
yang seterusnya muncul adalah :
Semakin
kita berfikir dengan mendalam dan akhirnya terjawab bahwasanya komitmen Islam
itu adalah dua kalimah syahadah.
Itulah
yang seringkali kita lupakan dan abaikan serta tidak berfikir untuk ditingkatkan.
padahal sebuah komitmen pun memerlukan "refresh" (penyegaran
semula).
Lalu
timbul pertanyaan seterusnya :
Yang
jelasnya bahwa orang yang akan memetik buah yang manis dari komitmen Islam
adalah mereka yang tidak cukup hanya sekadar beriman sahaja, tetapi juga
bagaimana dari keimanannya itu lahir sebuah ikhtiar untuk sentiasa beramal dan
menegakkan kebajikan.
Setidak-tidaknya
ada beberapa usaha yang boleh kita lakukan atau kita ikhtiarkan untuk kemudiannya
menjaga konsistensi atau bahkan kekuatan kualiti dari sebuah komitmen Islam
yang kita bangunkan, di antaranya adalah :
1. Sentiasa mengikhtiarkan untuk
meningkatkan dan melakukan perbaikan kualiti keimanan.
2. Mengusahakan untuk sentiasa
berada atau memiliki saudara-saudara yang benar-benar kuat dalam merealisasikan
keimanannya dalam berdoa.
Tentu sahaja
setiap orang memiliki caranya masing-masing dalam menjaga sebuah konsistensi
komitmen. Walauapapun cara dan jalannya, semoga kita sentiasa berikhtiar dengan
yang terbaik dan optimum untuk meningkatkan komitmen bagi membangunkan Islam dengan
lebih mantap, cepat berkembang dan kuat menghadapi arus dinamik.
BEGINILAH CARA ALLAH MENTARBIYAH KITA
Ada ramai
orang yang mungkin merasa tidak benar-benar menikmati kehidupan sehariannya.
Ada banyak batu-batu kecil mahupun besar yang sentiasa menusuk kehidupan kita
setiap harinya.
Inilah
yang kemudiannya menjadi ujian bagi kita dan ternyata tidak semua orang dapat
menikmati ujian yang ada di hadapannya. Ujian kehidupan tidaklah selalu
berbentuk kesulitan, kesempitan, bencana ataupun mungkin kehilangan sesuatu.
Makna
ujian hidup begitu luas. Ujian boleh berbentuk kebahagiaan, keceriaan juga
kesenangan. Bagaimana mungkin kebahagiaan, keceriaan dan kesenangan menjadi
ujian untuk hidup kita?
Mungkin itulah
sedikit sebanyak pertanyaan yang ketika ini berputar dalam benak pemikiran kita
dan belum lagi ditambah dengan pertanyaan berikut iaitu :
Makna
kebahagiaan mahupun ujian berupa kesulitan tidaklah selalunya difahami dengan makna
yang sama oleh setiap orang. Misalnya satu contoh mudah yang dekat dengan
kehidupan seharian kita adalah ketika kita berbicara tentang masalah nilai
akademik, boleh jadi ketika kita di sekolah atau kuliah di mana apabila kita mendapatkan
nilai yang terbaik, maka bagi sebahagian orang, itu menjadi kebahagiaan, namuan
boleh jadi, bagi sebahagian yang lainnya itu justeru merupakan ujian. Bagaimana
perkara itu boleh menjadi ujian?
Memang
sesuatu yang perlu kita akui bahwa nilai mahupun hasil yang sangat baik dari
apa yang kita ikhtiarkan, memang perlu diakui sebagai sebuah kebahagiaan tetapi
kebahagiaan itu akan kemudiannya menjadi ujian tatkala dalam diri kita yang
hadir selepas itu bukanlah rasa syukur kepada DIA yang telah meridhai kita
untuk mendapatkan nilai atau hasil yang sangat baik itu. Justeru yang kemudiannya
terukir dalam benak pemikiran kita adalah perasaan irihati, ujub, sombong dan
riya’.
Di
sinilah kemudiannya kebahagiaan itu menjadi ujian yang berlaku dalam peristiwa
kehidupan diri kita dan wujud dalam lingkungan kehidupan seharian kita.
Di
situlah sebetulnya makna tarbiyah bagi kehidupan dan diri kita. Seringkali kita
luput untuk memetik hikmah dari segenap kebahagiaan yang Allah berikan kepada
kita.
Jangankan
dalam keadaan bahagia, dalam keadaan kita tengah diuji dengan kesulitan,
kesempitan atau bencana pun, masih ramai dari kita yang tidak mampu untuk memetik
hikmahnya padahal ‘hikmah’ mahupun ‘ibrah’ itu merupakan salah satu
cara Allah mentarbiyah kita.
Boleh
jadi tarbiyah itu kita perolehi melalui pintu ujian kesulitan dan kesempitan
dan boleh jadi pula tarbiyah itu kita perolehi melalui pintu nikmat
kebahagiaan.
Ada
banyak cara Allah mentarbiyah kita. Kebahagiaan dan ujian kesulitan serta kesempitan
hanya satu di antara banyak pintu tarbiyah Allah.
Andai sahaja
kita mahu mencuba untuk memahami apa yang sudah Allah ciptakan yang ada pada
diri kita mahupun yang ada di mukabumi, alam semesta dan makhluk Allah lainnya,
maka sungguh itu akan menjadi tarbiyah dari Allah untuk kita.
Sehelai
daun kering yang jatuh pun jika kita perhatikan dengan saksama, kemudian kita sedari
bahwa sesungguhnya tidak ada sesuatu apapun yang terjadi di muka bumi ini di
luar daripada kehendak Allah.
Ketika
kita sampai kepada pemikiran itu, maka itulah satu dari sekian ribu (yang
sebetulnya tidak terhingga) tarbiyah dari Allah untuk kita.
Yakinlah,
Allah sudah mengatur semuanya untuk kita, sehingga dengan izin-Nya pula semua
itu akan berlaku pada waktunya. Maka, dengan tarbiyah Allah, itu salah satu bukti
indahnya kehidupan yang sentiasa disandarkan kepada-Nya.
Apa yang berlaku
pada diri dan kehidupan kita, sesungguhnya itu sudah ada dalam "pengawasan"
Allah. Percayalah dan kembalikan semuanya kepada Dia sehingga tidak wujud lagi rasa
khuatir mahupun ketakutan, keputusasaan bahkan ketidakpercayaan kepada-Nya.
Tarbiyah
dari Allah itu adalah nikmat yang perlu kita syukuri. Semakin banyak kita
bersyukur, semakin dekat kita dengan Allah, semakin dekat dengan nikmat yang
Allah tambahkan dan insyaAllah kemudiannya nanti kita semakin menikmati semua
tarbiyah kehidupan yang sentiasa hadir dalam keseharian kita.
Oleh
kerana ada banyak cara Allah mentarbiyah kita maka, janganlah kemudiannya kita merasa
letih dan bersikap mudah menyerah daripada terus mengejar tarbiyah yang
sentiasa mendatangi diri kita.
Tarbiyahlah dirimu, maka engkau
akan semakin mengenal Tuhanmu, Allah InsyaAllah.
Marilah
menikmati suara Shoutul Harakah
Hadapilah
walau
hujan badai kan terus melanda
walau amuk gelombang tak henti menerjang
walau terang mencegah, walau mentari kan membakar
jangan letih menapaki kehidupan
ujian bagaikan terik sinar sang surya
hadir kedunia bersama berjuta karunia
janganlah bertekuk lutut dalam pelukan putus asa
janganlah bersimpuh dihadapan duka
hadapilah segala tantangan
sambutlah harimu dengan suka cita
hadapilah segala ujian
dalam kesulitan pasti ada kemudahan
walau amuk gelombang tak henti menerjang
walau terang mencegah, walau mentari kan membakar
jangan letih menapaki kehidupan
ujian bagaikan terik sinar sang surya
hadir kedunia bersama berjuta karunia
janganlah bertekuk lutut dalam pelukan putus asa
janganlah bersimpuh dihadapan duka
hadapilah segala tantangan
sambutlah harimu dengan suka cita
hadapilah segala ujian
dalam kesulitan pasti ada kemudahan
Ya Allah, kurniakanlah kekuatan
minda kepada kami sehingga kami mampu mengubah ujian dan kesulitan dariMu
menjadi suatu peluang dan harapan yang akan memberi kekuatan kepada tekad kami
untuk menegakkan panji-panji dakwah di jalanMu.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS